Proses mereka corak selalu dibuat sebelum proses mencanting dilakukan dalam proses membuat produk batik.
antara langkah untuk mereka corak ialah:
Langkah 1
-Menyediakan bahan rujukan seperti motif flora atau fauna
( antara bahan rujukan yang disediakan iaitu motif fauna )
LANGKAH 2
-Menyediakan bahan dan peralatan mereka corak
( bahan dan peralatan untuk mereka corak )
LANGKAH 3
-Buat pemilihan motif pada bahan rujukan yang disediakan
( motif rama-rama yang dipilih untuk diolah )
LANGKAH 4
-Guna pensel 2B untuk membuat lakaran baru pada motif yang dipilih
( lakaran rama-rama dilukis semula )
LANGKAH 5
-Guna pensil 4B lukis isen-isen corak pada lakaran yang baru dibuat
( lukis isen-isen corak dalam lakaran yang dilukis,rujuk sample isen- isen corak yang dipilih )
LANGKAH 6
-Guna pensel 4B dan buat penambahbaikkan pada corak tersebut
( buat penambahbaikkan pada corak tadi mengikut kreativiti anda )
LANGKAH TERAKHIR
-Lukis semula corak yang baru dan corak sudah boleh digunakan untuk proses seterusnya
( corak yang telah siap direka )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan