Khamis, 19 Julai 2012

PrOsEs MeRekA CoRaK....

Proses mereka corak selalu dibuat sebelum proses mencanting dilakukan dalam proses membuat produk batik.



antara langkah untuk mereka corak ialah:



                                                                 Langkah 1

                            -Menyediakan bahan rujukan seperti motif flora atau fauna

 ( antara bahan rujukan yang disediakan iaitu motif fauna )

 

 

LANGKAH 2

-Menyediakan bahan dan peralatan mereka corak


 
( bahan dan peralatan untuk mereka corak )

 

 

LANGKAH 3

-Buat pemilihan motif pada bahan rujukan yang disediakan


 

( motif rama-rama yang dipilih untuk diolah )





LANGKAH 4

-Guna pensel 2B untuk membuat lakaran baru pada motif yang dipilih














                                        ( lakaran rama-rama dilukis semula )


                     

                                                                LANGKAH 5

                         -Guna pensil 4B lukis isen-isen corak pada lakaran yang baru dibuat






 






                  ( lukis isen-isen corak dalam lakaran yang dilukis,rujuk sample isen-                                                     isen corak yang dipilih )


                                                                      

                                                                    LANGKAH 6

                            -Guna pensel 4B dan buat penambahbaikkan pada corak tersebut

 





                                 ( buat penambahbaikkan pada corak tadi mengikut kreativiti anda )


                                               

                                                          LANGKAH TERAKHIR

            -Lukis semula corak yang baru dan corak sudah boleh digunakan untuk proses seterusnya




                                                         ( corak yang telah siap direka )









Rabu, 18 Julai 2012

SUsUnAn cOrAK!!!!

                        SALAH SATU SUSUNAN CORAK YANG SELALU DIGUNAKAN....

 

Susunan Reka Corak Motif Susunan dan reka corak motif disesuaikan mengikut reka letak dan kedudukannya pada kain.Susunan reka corak motif biasanya digunakan ialah:

~a) bahagian badan selalunya dihiasi dengan motif penuh seperti bunga tunggal yangmembentuk corak,pohonan bunga dan motif lain yang lebih bebas. Motif-motif ini sering disatukanbentuknya dengan bahagian lain badan kain dengan motif seperti keluk berbunga,kelukberlingkar,lengkungan separuh bulat dan motif pinggir awan.

.b) bagi susunan menyerong,selalunya motif yang digunakan ialah parang rusak,banji dan pilinberganda

c) untuk bahagian kepala kain,pilihan utama ialah motif pucuk rebung

d) bebrapa susunan motif lain pada kain termasuk susunan berdiri,berjalur,catur atau dam,kisi-kisi, melintang,menyeluruh,serong,tompok-tompok atau bertabur, ulangan selang dan ulanganbatu-bata.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ISeN-iSeN CoRAK

apa itu isen-isen corak:???????

-isen-isen corak ialah pelbagai jenis garisan dan bentuk yang diolah pada motif atau jenis-jenis corak untuk mendapatkan corak yang lebih menarik dan unik.Ia juga Motif pengisian yang melatari dan bertabur di sekeliling motif utama.

 antaranya ialah:

-Ada-ada 

-Berangan ( pecah berserakah ) 

-Blarak sahirit 

-Cacah gari 

-Cantel dan banyak lagi.

Nak Taw tentang jenis-jenis CORAK!!!

JENIS-JENIS CORAK

 

Ada 3 jenis corak yang selalau digunakan dalam bidang batik iaitu:

  -CORAK FLORA

  -CORAK FAUNA

  -CORAK ABSTRAK


CORAK FLORA

-Corak yang berunsurkan tunbuh-tumbuhan yang amat digemari

 

antaranya ialah:

   *pucuk rebung

   *bunga mangga

   *bunga cempaka

   *bunga melor dan sebagainya

 

CORAK FAUNA

-Corak yang menjurus kepada motif haiwan.Motif ini selalunya diolah dan digabungkan dengan dengan motif flora

 

antaranya ialah:

  *hidupan laut

  *serangga

  *unggas

  *ayam,itik dan sebagainya

 

CORAK ABSTRAK

-Corak ini lebih berunsurkan pelbagai jenis garisan dan simbol.Ia amat digemari  dalam pembikinan rekacorak kerana ianya lebih mudah dan ringkas untuk diolah.

 

antaranya ialah:

 *garisan lurus

 *suastika

 *segi tiga pucuk rebung

 *bulatan

 *gandaan huruf  "s" dan sebagainya

!!!!PRODUK BATIK YANG DIHASILKAN DARIPADA JENIS-JENIS CORAK DIATAS:.....










jommm taw psal CORAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Corak ialah satu elemen penting dalam menghasilkan produk batik.....definisi corak ialah susunan motif sama ada secara teratur,terancang atau secara bebas.Corak juga boleh berbentuk daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak terancang. 
 CORAK TERBAHAGI KEPADA 2:
-Corak terancang
-corak tidak terancang


1) CORAK TERANCANG
    -Corak yang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu mengikut konsep yang diingini


2) CORAK TIDAK TERANCANG
    -Corak yang mempunyai pelbagai rupa atau tidak tersusun dalam penghasilan corak.